Kunjungan Hormat The Singapore Scout Association (SSA)

Kunjungan hormat The Singapore Scout Association (SSA) ke Port Dickson, Negeri Sembilan untuk sessi dialog bersama Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan.

Jamboree Di Udara (JOTA) Ke 60, Jamboree Di Internet (JOTI) Ke 21 Pengakap Dunia

Petugas Pusat Komunikasi sempena JOTA/JOTI Sedunia pada 20-22 Oktober 2017 Jamboree Di Udara (JOTA) Ke 60, Jamboree Di Internet (JOTI) Ke 21 Pengakap Dunia bergambar bersama Datuk Helmy Jaafar (Ahli Majlis Negara merangkap Naib Yang DiPertua PPM Negeri Sembilan)dan Tuan Hamdan Mohd Nor (Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan) serta Timbalan dan Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan.

Bengkel Hala Tuju Strategik Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan 2017

Peserta bengkel Hala Tuju Strategik Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan 2017 yang telah berlangsung pada 10 - 12 November 2017 bertempat di Pusat Penyelidikan Bioteknologi Glami Lemi, Jelebu.

Wednesday, September 20, 2017

TAKZIAH

 إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Dukacita dimaklumkan bahawa anakanda kepada Tuan Hamdan bin Hj. Mohd Nor, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan, telah kembali ke rahmatullah pada jam 8.30 malam (20 September 2017) di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.  Jenazah akan disolatkan di rumah Tuan Hamdan pada jam 9.00 pagi dan akan dikebumikan di Makan Sheikh Hj Mohd Said, Seremban.

Warga PPM Negeri Sembilan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Tuan Hamdan.  Semoga roh anakanda beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.

AL-FATIHAH

Sunday, September 17, 2017

SUKARELAWAN RAINBOW OF LIFE

CreativeVision Group of Companies menawarkan kepada Pesuruhjaya, Pemimpin dan ahli Pengakap Kelana yang berminat menjadi sukarelawan untuk mengajar asas latihan kemahiran luar (outdoor survival) seperti ketetapan di bawah:

Tarikh : 30 September 2017

Tempat : Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur

Masa :  8.30 pagi - 3.00 petang

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk bahagian Siaran atau hubungi

Tn Abdul Rahim bin Pendek
Pen. Ketua Pesuruhjaya Negeri (Pengerusi Program)
Tel : +60 19-221 3347

KURSUS JURULATIH ANTARABANGSA (COURSE LEADER TRAINER - CLT) 2017

Sukacita dimaklumkan, Persekutuan Pengakap Malaysia melalui Pasukan Latihan Negara  akan menganjurkan kursus Jurulatih Antarabangsa (Course Leader Trainer - CLT) 2017 seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 22 - 29 Oktober 2017

Pendaftaran : 22 Oktober 2017 (8.30 pagi - 10.30 pagi)
                     (Calon yang lewat mendaftar dari masa yang ditetapkan
                      akan ditolak penyertaan)

Tempat : Mutiara Semenyih Training Village and Eco Resort
               Jalan Sungai Lalang, Semenyih, Selangor

Yuran Penyertaan : RM500.00 (termasuk makan/minum, keperluan kursus, penginapan dan sijil)

Untuk syarat dan maklumat lanjut, sila layari bahagian Siaran atau hubungi

Maklumat lanjut, sila berhubung dengan

Tuan Aziruddin bin Abd Aziz
Pen. Ketua Pesuruhjaya Negeri - Pengerusi Latihan
Tel : 012-3867084
Email : dinlobon9@yahoo.com

FORUM PENDIDIKAN PENGAKAP (EDUFOR) WILAYAH ASIA PASIFIK 2017

Biro Pengakap Dunia Wilayah Asia Pasifik telah memanjangkan jemputan menyertai Asia Pasific Region Scout Education Forum (EduFor) seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 9 - 12 Disember 2017

Tempat : National Scout Training Center Mouchak, Gazipur, Bangladesh

Maklumat lanjut, sila rujuk bahagian Siaran atau hubungi

Tn. Amir Fuad bin Mohd Dom
Timb. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri
(Pentadbiran & Hubungan Antarabangsa)
Tel : 018-2789727

MAJLIS PENYERAHAN SIJIL LULUS PENGAKAP RAJA 2017

Sukacita dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan akan mengadakan majlis Penyerahan dan Penyerahan Sijil Lulus Pengakap Raja 2017 seperti ketetapan di bawah:

Tarikh : 20 September 2017

Tempat : Dewan SK Senawang, Seremban

Masa : 2.30 petang

Maklumat lanjut, sila rujuk bahagian Siaran atau hubungi

Tn. Amir Fuad bin Mohd Dom
Timb. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri
(Pentadbiran & Hubungan Antarabangsa)
Tel : 018-2789727

Jamboree Di Udara (JOTA) Ke 60, Jamboree Di Internet (JOTI) Ke 21 Pengakap Dunia

Sukacita dimaklumkan, Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan akan turut serta menganjurkan JAMBOREE DI UDARA (JOTA) KE 60 / JAMBORI DI INTERNET (JOTI) KE 21, PENGAKAP DUNIA seperti ketetapan di bawah:

Tarikh
20 - 22  Oktober 2016

Tempat
Kem Pengakap Negeri Sembilan, Bukit Putus, Seremban

Maklumat lanjut, sila rujuk bahagian Siaran atau hubungi

Tuan Khairul Nizam B Jamalludin
Penyelaras Program
merangkap
Pen. Ketua Pesuruhjaya Negeri (Unit Komunikasi Dan Jota Joti)

Tel : 013-6111047

INTERNATIONAL MUSLIM SCOUTS JAMBOREE 2017

Dengan segala hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa Gerakan Pramuka Indonesia melalui Pesantren Nurul Haramain NW Narmada Lombok, Nusa Tenggara Barat telah memanjangkan jemputan menyertai International Muslim Scout Jamboree 2017 Lombok pada 26 hingga 30 November 2017 bertempat di Madani Super Camp Lombok lsland, Lombok Barat- Nusa Tenggara Barat, lndonesia.

Maklumat lanjut, sila rujuk bahagian Siaran atau hubungi 

Tn. Amir Fuad bin Mohd Dom
Timb. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri
(Pentadbiran & Hubungan Antarabangsa)
Tel : 018-2789727

Thursday, September 14, 2017

Kursus 'Leave no Trace' untuk Pemimpin

Sukacita dimaklumkan, Persatuan Pengakap Hong Kong telah memanjangkan jemputan menyertai kursus 'Leave No Trace' untuk Pemimpin seperti ketetapan di bawah :

Tarikh : 24 - 28 Disember 2017
Tempat : Hong Kong

Maklumat lanjut, sila rujuk bahagian Siaran atau hubungi

Tn. Amir Fuad bin Mohd Dom
Timb. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri
(Pentadbiran & Hubungan Antarabangsa)
Tel : 018-2789727