Kunjungan Hormat The Singapore Scout Association (SSA)

Kunjungan hormat The Singapore Scout Association (SSA) ke Port Dickson, Negeri Sembilan untuk sessi dialog bersama Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan.

Jamboree Di Udara (JOTA) Ke 60, Jamboree Di Internet (JOTI) Ke 21 Pengakap Dunia

Petugas Pusat Komunikasi sempena JOTA/JOTI Sedunia pada 20-22 Oktober 2017 Jamboree Di Udara (JOTA) Ke 60, Jamboree Di Internet (JOTI) Ke 21 Pengakap Dunia bergambar bersama Datuk Helmy Jaafar (Ahli Majlis Negara merangkap Naib Yang DiPertua PPM Negeri Sembilan)dan Tuan Hamdan Mohd Nor (Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan) serta Timbalan dan Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan.

Bengkel Hala Tuju Strategik Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan 2017

Peserta bengkel Hala Tuju Strategik Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan 2017 yang telah berlangsung pada 10 - 12 November 2017 bertempat di Pusat Penyelidikan Bioteknologi Glami Lemi, Jelebu.

Saturday, December 17, 2016

Perlantikan Ahli Majlis Pengakap Negara

Tahniah kepada Presiden Kelab Radio Amator Negeri Sembilan (NESRAC), Datuk Helmy Jaafar kerana telah dipilih sebagai ahli Majlis Pengakap Negara, Persekutuan Pengakap Malaysia. Semoga dengan perlantikan ini akan memartabatkan lagi pergerakkan Pengakap di Malaysia khususnya dan Negeri Sembilan amnya.

Daripada Tuan Hamdan bin Hj. Mohd Nor, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan dan seluruh warga PPMNS.

Tuesday, December 6, 2016

PERKHEMAHAN UJIAN PRA PENTARAFAN PENGAKAP RAJA 2016 (UPDATE)

Tarikh :12 - 15 Dis 2016
Tempat : Kem Negeri

Akan diteruskan atas anjuran LEMBAGA PENTARAF PENGAKAP RAJA PPMNS

Ekoran daripada arahan KPM dan JPNS untuk tidak memanggil guru-guru bertugas sebelum 25 Disember 2016, surat rasmi daripada JPNS tidak akan dikeluarkan untuk aktiviti di atas.

Kehadiran Pentaraf dan Calon Pra Pengakap Raja adalah atas kerelaan sendiri dan bukannya paksaan.
Tidak melibatkan guru sekolah calon untuk menguruskan kehadiran calon ke Kem Pengakap Negeri. Segala urusan adalah tangungjawab ibu bapa dan calon sendiri.

Untuk pentaraf dan pembantu yang sudi hadir secara sukarela tanpa paksaan di dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Semoga kehadiran tuan/puan akan memajukan PPMN9 di masa hadapan

Mohon respon kehadiran calon.  Untuk maklumat lanjut,

En. Aziruddin bin Abd Aziz
PENGERUSI LATIHAN
Merangkap
Setiausaha Lembaga Pentaraf PPMN9
Tel : +60 12-386 7084