Kunjungan Hormat The Singapore Scout Association (SSA)

Kunjungan hormat The Singapore Scout Association (SSA) ke Port Dickson, Negeri Sembilan untuk sessi dialog bersama Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan.

Jamboree Di Udara (JOTA) Ke 60, Jamboree Di Internet (JOTI) Ke 21 Pengakap Dunia

Petugas Pusat Komunikasi sempena JOTA/JOTI Sedunia pada 20-22 Oktober 2017 Jamboree Di Udara (JOTA) Ke 60, Jamboree Di Internet (JOTI) Ke 21 Pengakap Dunia bergambar bersama Datuk Helmy Jaafar (Ahli Majlis Negara merangkap Naib Yang DiPertua PPM Negeri Sembilan)dan Tuan Hamdan Mohd Nor (Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan) serta Timbalan dan Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan.

Bengkel Hala Tuju Strategik Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan 2017

Peserta bengkel Hala Tuju Strategik Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan 2017 yang telah berlangsung pada 10 - 12 November 2017 bertempat di Pusat Penyelidikan Bioteknologi Glami Lemi, Jelebu.

Tuesday, February 6, 2018

PENDAFTARAN 2018

Pihak Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia telah mengeluarkan Borang Pendaftaran Keahlian bagi Tahun 2018 bagi melaksanakan urusan pendaftaran keahlian tahunan bagi tahun 2018.

Surat siaran PPM dan surat siaran JPNNS boleh didapati di bahagian Siaran Rasmi. Borang pendaftaran boleh dimuat-turun di bahagian Muat-Turun.

Maklumat lanjut, sila hubungi

Tn. Amir Fuad bin Mohd Dom
Timb. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri
(Pentadbiran & Hubungan Antarabangsa)

Tel : 018-2789727

Tuesday, November 21, 2017

PERKHEMAHAN UJIAN PRA-PENTARAFAN PENGAKAP RAJA 2017

Sukacita dimaklumkan bahawa Pasukan Latihan Negeri, Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Negeri Sembilan akan mengadakan Perkhemahan Ujian Pentarafan Pengakap Raja 2017 mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 11-14 Disember 2017 (Isnin - Khamis)
Daftar :  9.30 pagi - 10.00 pagi (11 Disember)
Tempat :  Kem Pengakap Negeri Sembilan, Bukit Putus

Maklumat lanjut boleh didapati di bahagian Siaran atau menghubungi

Tuan Aziruddin bin Abd Aziz
Pen. Ketua Pesuruhjaya Negeri (Pengerusi Latihan Negeri)
merangkap
Setiausaha Lembaga Pentaraf Pengakap Raja PPMNS
Tel : 012-386 7084
Email : dinlobon9@yahoo.com

PERKHEMAHAN PENTARAFAN PENGAKAP RAJA 2017

Sukacita dimaklumkan, Lembaga Pentaraf Pengakap Raja, PPM Negeri Sembilan akan mengadakan perkhemahan Pentarafan Pengakap Raja 2017 seperti di bawah:

Tarikh    : 12 - 14 Disember 2017 (Selasa - Khamis)
Masa     : 9.30 pagi - 10.00 pagi (12 Disember)
Tempat  : Kem Pengakap Negeri Sembilan, Bukit Putus

Untuk maklumat lanjut dan senarai calon, sila rujuk bahagian Siaran atau hubungi

Tuan Aziruddin bin Abd Aziz
Pen. Ketua Pesuruhjaya Negeri (Pengerusi Latihan Negeri)
merangkap
Setiausaha Lembaga Pentaraf Pengakap Raja PPMNS
Tel : 012-386 7084
Email : dinlobon9@yahoo.com

Tuesday, October 3, 2017

KURSUS MANIKAYU PERINGKAT 3 BHG 1 DAN 2 (PKK dan PM) TAHUN 2017

Sukacita dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan akan menganjurkan Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 3 (Bahagian 1 dan 2 untuk PKK dan PM) seperti ketetapan berikut :

PERINGKAT 3 - BHG 1

Penyertaan : Pemimpin PKK dan PM (Sekolah Rendah dan Menengah)
Tarikh : 12 - 14 Oktober 2017
Masa Pendaftaran : 11.00 pagi hingga 12.30 tengahari (12 Okt 2017)


PERINGKAT 3 - BHG 2

Penyertaan : Pemimpin PM (Sekolah Menengah)
Tarikh : 26 - 29 Oktober 2017
Masa Pendaftaran : 11.00 pagi hingga 12.30 tengahari (26 Okt 2017)


PERINGKAT 3 - BHG 2

Penyertaan : Pemimpin PKK (Sekolah Rendah)
Tarikh : 27 - 29 Oktober 2017
Masa Pendaftaran : 11.00 pagi hingga 12.30 tengahari (27 Okt 2017)

Tempat : Kem Pengakap Negeri, Bukit Putus
               Jalan Kuala Pilah-Seremban
               Seremban, Negeri Sembilan

Bayaran : RM100.00

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk bahagian Siaran, atau hubungi

Tuan Shafizan Bin Shahriman
Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri ( Setiausaha Latihan )
D/A   Smk King George V, 70100 Seremban, Negeri Sembilan
Tel : 012-2043522  Tel Pej : 06 7623598   Fax: 06 7641214

Wednesday, September 20, 2017

TAKZIAH

 إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Dukacita dimaklumkan bahawa anakanda kepada Tuan Hamdan bin Hj. Mohd Nor, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan, telah kembali ke rahmatullah pada jam 8.30 malam (20 September 2017) di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.  Jenazah akan disolatkan di rumah Tuan Hamdan pada jam 9.00 pagi dan akan dikebumikan di Makan Sheikh Hj Mohd Said, Seremban.

Warga PPM Negeri Sembilan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Tuan Hamdan.  Semoga roh anakanda beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.

AL-FATIHAH

Sunday, September 17, 2017

SUKARELAWAN RAINBOW OF LIFE

CreativeVision Group of Companies menawarkan kepada Pesuruhjaya, Pemimpin dan ahli Pengakap Kelana yang berminat menjadi sukarelawan untuk mengajar asas latihan kemahiran luar (outdoor survival) seperti ketetapan di bawah:

Tarikh : 30 September 2017

Tempat : Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur

Masa :  8.30 pagi - 3.00 petang

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk bahagian Siaran atau hubungi

Tn Abdul Rahim bin Pendek
Pen. Ketua Pesuruhjaya Negeri (Pengerusi Program)
Tel : +60 19-221 3347

KURSUS JURULATIH ANTARABANGSA (COURSE LEADER TRAINER - CLT) 2017

Sukacita dimaklumkan, Persekutuan Pengakap Malaysia melalui Pasukan Latihan Negara  akan menganjurkan kursus Jurulatih Antarabangsa (Course Leader Trainer - CLT) 2017 seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 22 - 29 Oktober 2017

Pendaftaran : 22 Oktober 2017 (8.30 pagi - 10.30 pagi)
                     (Calon yang lewat mendaftar dari masa yang ditetapkan
                      akan ditolak penyertaan)

Tempat : Mutiara Semenyih Training Village and Eco Resort
               Jalan Sungai Lalang, Semenyih, Selangor

Yuran Penyertaan : RM500.00 (termasuk makan/minum, keperluan kursus, penginapan dan sijil)

Untuk syarat dan maklumat lanjut, sila layari bahagian Siaran atau hubungi

Maklumat lanjut, sila berhubung dengan

Tuan Aziruddin bin Abd Aziz
Pen. Ketua Pesuruhjaya Negeri - Pengerusi Latihan
Tel : 012-3867084
Email : dinlobon9@yahoo.com